perbualan antara kakak dan adik..

Wahai Kakakku
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
asyik berteman tangis dan sendu sahaja
Wahai Adikku
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
tetapi disitulah wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego seorg lelaki
menjadi izzah yg paling gah
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
kerana sendu rayunya
Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun
Duhai Adikku
lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata
Namun Wahai Kakakku
wanita itu fitnah dunia
pernahkah adikku dengar
pesanan Ilahi pada hambanya?
wahai lelaki-lelaki yang beriman
tunduknlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu
Cuba Adik Nilai
pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?
pada hamba yang bergelar ar-rijal
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya
dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita
agar memelihara auratnya
kerana di situlah kehormatannya
bukan fitnah semata2 jikalau ar-rijal dan an-nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!
sesungguhnya wanita yang beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh
Tapi Kakakku
kenapa wanita itu menjadi peragaan?
tidakkah mereka malu?
Wahai Adikku Sayang
al-haya' (sifat malu)
ada dlm diri setiap insan
wujudnya seiring dengan nafas insani
dan al-haya' itulah pakaian iman
pd diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri
namun
bila mana al-haya' itu lebur
imannya runtuh
kenapa mereka rela merelakan diri menjadi peragaan?
kerana mereka sebenarnya Paranoid
merasakan diri belum cukup menarik
mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi
Namun Adikku
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu
Wahai Adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
pandai2lah dikau menilai
antara permata dan debu2 kilauan pasir
Wahai Adikku
janganlah adik gusar
tatkala tiada lelaki yg hadir memetikmu
dan jgn engkau sekali2 merendhakan dirimu...
menggugurkan diri...
menyembah tanah...
sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu.

Sumber :: youtube - antara bidadari dan penghuni syurga

Comments

Popular posts from this blog

exam..!!!

kenape Mr. Bean..????

~ makan-makan B.23 ~