Monday, 18 June 2012

Jalan Bahagia

Jalan Bahagia from Hijjaz..
dah lame xdgr nasyid yang berterusan mcm kt asrama Maahad dulu.. kalau dulu, lepas asar je akan ade yg pasang lagu nasyid sampai lewat petang dan disusuli dgn ayat-ayat al-Quran menandakan kne kosongkan blok pegi ke Masjid utk menunaikan solat fardhu maghrib dan isya' secara berjemaah kemudian pegi klas prep..
oh sungguh rindu utk kembali ke zaman itu... sungguh diri ini masih lagi memerlukan semua itu.. huhuhu....
lets a word says everything..

Bukan Intan Permata
Bukan Paras Rupa
Pandangan Tuhan Pada Manusia
Beriman dan Bertaqwa Berakhlak Mulia
Disisi Tuhan itu yang Utama
Siapa yang Berbakti dengan Ketabahan
Sabar Menempuh Ketentuan Tuhan
Baginya Syafaat Dunia Akhirat
Kurnia Tuhan Tidak Terkira

Di dalam Menjalani Hidup Di Dunia
Tiada Lepas dari Pancaroba
Kita yang Diciptakan dengan Kelemahan
Perlukan Petunjuk Panduan Tuhan
Tiada yang Kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan Segalanya
Supaya Selamat Dunia Akhirat
Tekun Pada Amal Ibadah

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu Kami Panjatkan Doa
Moga Dipeliharakan Ditetapkan Iman
Dunia Ini Penuh Cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu Kami Tempuh Segala
Pandanglah dengan Rahmat-Mu
Pandangan Kasih-Mu
Pimpinlah Kami Jalan Bahagia
Selamanya


No comments: